30 October 2010

MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI DGN MANGGA MUDA




Bahan-bahan.
500gm Daging Salai
1 biji Mangga Muda
1500ml santan (kalau nak kuah byk
lebih tambah lagi)
20 biji cili api (kalau nak pedas
tambah lah cili lagi)
1 inci kunyit
Garam secukup rasa
Daging salai dihiris nipis.
Tumbuk cili api dengan kunyit
sehingga lumat.
Rebus daging salai dengan cili yang
telah ditumbuk sekejab. Ini untuk
pastikan daging salai empuk dan cili
masak sempurna.
Apabila daging telah empuk.
Masukkan santan dan garam.
Mangga dikupas kulit dihiris nipis.
Kacau gulai sehingga mengelegak.
Rasakan garamnye. Akhir sekali
masukkan mangga yang telah dihiris,
biar gulai mengelegak sekejab. Tutup
api.

30 September 2010

US SIRLOIN STEAK


Bahan-bahan ( 2 )

400g stik US sirloin
1 biji kentang - dibakar
1 biji jagung
1 biji tomato
Sedikit lobak merah, bunge kobis
& brokoli
Seasoning steak - kat tesco ade


**** BAHAN SOS ***

1 ulas b.putih- cincang
2 biji b.besar - cincang
2 sudu besar sos worchestershire - carik
kat rak lea & perrins
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
2 biji tomato - buang biji + cincang
1 sudu kecil lada hitam


Cara-cara

Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam
Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je.
Sementara tunggu tu, rebus carrot, bunge kubis ngan jagung dgn secubit garam hingga lembut. Toskan
Panaskan mentega dlm periuk. Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan
kacau hingga pekat.
Bubuh daging dan sayuran dlm pinggan. Hidangkan dgn sos kite tadi.

29 September 2010

DAGING HITAM MANIS



Bahan-bahan:

Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan:

Goreng daging sehingga
masak.
tumiskan bahan kisar hingga
wangi.
kemudian masukkan cili dan
digoreng sehingga garing.
masukkan kicap manis,sos
tiram,cili sos dan sedikit air.
akhir sekali masukkan
daging yang telah digoreng
dan bawang besar.
kacau seketika dan sedia
untuk dihidang.

05 September 2010

Kuih akok bunga


BAHAN-BAHAN:


500 gm gula pasir
500 gm tepung gandum
20 biji telur ayam
1 1/2 liter santan pekat

CARA MENYEDIAKAN:

1. Telur dipukul bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan santan dan kemudian tepung gandum perlahan-lahan.
    Gaulkan hingga sebati.
3. Panaskan acuan dan sapukan dengan minyak.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan arang atas
    dan bawah.

15 August 2010

kuih akok


Bahan-bahan ( 36 biji )
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara-cara
1.Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
   Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,
   tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan
   ketulan tepung.
2.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu
   ke dalamnya.Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3.Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan
   mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

11 August 2010

Kek coklat mocca kukus

Bahan-Bahan
Bahan A

1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
1/2 cawan susu manis
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }

Cara Memasak
1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhanaı.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak

berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus
yang lebih pendek.
Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan.
Selamat mencuba.

Kek Cawan Vanilla

Bahan-bahan ( 35 biji )


150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
4. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan
    hingga 3/4 penuh
5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
    Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air
    panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
6.Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising.
7.Kemudian boleh tabut manik atau choc rice
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Mau punya buku tamu seperti ini?
Klik di sini (Info Blog)

View citarasakampung in a larger map
d
d