15 August 2010

kuih akok


Bahan-bahan ( 36 biji )
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara-cara
1.Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
   Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,
   tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan
   ketulan tepung.
2.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu
   ke dalamnya.Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3.Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan
   mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

11 August 2010

Kek coklat mocca kukus

Bahan-Bahan
Bahan A

1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
1/2 cawan susu manis
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate }

Cara Memasak
1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhanaı.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak

berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus
yang lebih pendek.
Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan.
Selamat mencuba.

Kek Cawan Vanilla

Bahan-bahan ( 35 biji )


150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara

1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
4. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan
    hingga 3/4 penuh
5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
    Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air
    panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
6.Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising.
7.Kemudian boleh tabut manik atau choc rice
Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Mau punya buku tamu seperti ini?
Klik di sini (Info Blog)

View citarasakampung in a larger map
d
d